2013/2014 National Conference - Part 3

Assalamualaikum...

Sambung last part NC tahun ni. Last day tu ada aktiviti teambuilding di Taman Tema Sunway Lagoon. Dah lama saya teringin masuk situ tapi mmg selalunya x amik pusing sangat sebab harga tiket yang... hehe. Saya rasa baik beli makanan. Haha. So, bila dapat peluang pegi sana free tu, adalah tak patut saya abaikan. Betul tak.

Masa register di kaunter Shaklee utk ambil pas masuk, staff Shaklee ada inform.. yang pada wrist band tu ada RM50 shaklee dah sediakan. So boleh la belanja makan ke apa ke kat dalam. Tak yah susah² pegi reload ke apa. Seronok, kan? Main kat dalam tu dah free pastu dapat lagi elaun RM50. Hehe. Oh ye.. baju pun Shaklee bagi.. Baju muslimah lak tu =D

Tak ramai yang join teambuilding. Ramai yang gi main air. Saya pilih nak join sbb saya ni ada prob tak reti bergaul dan bersosial sgt. So, Amik peluang ni untuk bersosial dan berkawan =) Satu lagi, of kos la nak hadiah kannn. Hehe.

Satu group dengan Master Zura. Haha. Mmg lama dah admire ngan lawyer sorg ni. Ini la team saya. Namanya Shaklee Fighters. Ada sepuluh orang ahli.

Team kami dapat tempat ke tiga. Alhamdulillah =)

Seorang satu dapat hadiah. Biasa kalo sukaneka ni.. satu group dapat satu hamper. Pastu kongsi ramai² kan. Tapi Shaklee mmg best. Sorang satu hadiah walaupun team tu dpt saguhati je.

Shaklee takyah susah² cari hamper ke apa. Dia bagi je produk dia yang konfem² SID dia mmg suka sangat. Total ni pun dah brapa ratus RM. Sape tak nak? Kan kan kan...

So, you all tak teruja ke nak be part of Shaklee Champion? Shaklee Star? Dah ramai yang berjaya dalam Shaklee. Saya sendiri tak termimpi nak rasa semua ni. Rupanya, dengan Shaklee segalanya mungkin. Hehe. Dan berkat sokongan suami dan famili, Alhamdulillah dapat capai semua ni.

Orait fight utk tiket ke Italy tahun depan =)

2013/2014 Shaklee National Conference - Part 2

Assalamualaikum...

Okay, sekarang part 2 pulak. Iaitu hari Ahad. Pagi² tu sempat la snap gambar dengan award semalam. Semalam tak sempat nak pose lawa². Haha, 

Saya dengan abaya merah, ditempah dari FB Jubah Abaya Ummi. Tribal shawl dari Avilia.

Senarai award yang diterima kali ni =)

Sebelah petang baru la ada sesi saya naik pentas amik award. Sblh pagi tadi lebih kepada sharing dari Mr. Barnet dan meraikan para Masters.

Seronok join Shaklee. Tiap² tahun merasa naik pentas =)


Untuk hari ni, dapat lagi dua trofi. Satu tu besarnya. Berat lak tu. Satu lagi tu kecik sikit dan kaler pun lebih gelap. Suka betul saya dapat trofi ni =)

Sempat bergambar dengan Kak Cery sebelum dia naik pentas untuk amik award 50k dia =)

Acara penutup petang tu diserikan dengan persembahan dari Faizal Tahir. Special kali ni Faizal siap nyanyi lagu feveret geng Jutawan - Gemuruh =)

Balik bilik, dapat satu lagu surprise dari Shaklee. Set 2pcs towel Shaklee. Alahaiii.. so sweet kan.

 Sebelah malam pula, kami ada dinner untuk penerima award. So, saya import adik saya si Ain untuk tolong babysit kan sekejap anak saya yang tiga orang tu. Sebelum tinggalkan mereka, dah siap² rasuah makan malam dan cerita frozen. Layan.....

Dan, mestilah pergi berdua kan. Berdua kan lebih baik =)

Macam tahun lepas, menu dinner kali ni pun, Chinese Set.. Apa pun makanan mmg sedap. Tambah best sebab meja yang sepatutnya diduduki oleh 10 orang, hanya diisi oleh empat orang. Haha. Konfem² la makanan banyak tak habis.

Ini Victor Lim. President Shaklee Malaysia. Dan yang berbaju menrah tak lain tak bukan, my upline.. Syuhada.

Habis dinner tu sibuk la kutip belon. Hehe. Then, macam biasa kita pose la kat bintang semua.. Oh ye lupa nak cerita..tema malam tu Glitter Nite. Saya pun takmau ketinggalan.. set baju malam u saya beli di Zawara. Hmmm... ramai gak orang pakai baju ni cuma mujur la dinner tu takde yang boria. Hehe.

Okey guys.. sambung dekat part 3 pulak ye =)

2013/2014 Shaklee National Conference - Part 1

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, selesai sudah National Conference tahun ini. Jom kita layan gambar je lah ye..

Welcome banner di lobi hotel Sunway Hotel

Suasana nak check in, collect elaun makan dan mcm² lagi la di lobi hotel. Ramaiiii sangat orang. Patutnya kul 11.30pg check in.. Tp disebabkan bilik tak ready... tak dapat la check in pagi tu.. So, pegi ke Sunway Pyramid Convention Centre dlm keadaan berpakaian biasa. Tak sempat nak tukar baju lawa nak naik pentas. Haha.

Suasana dalam dewan. 

Untuk hari pertama, saya dapat dua award dan bestnya tahun ni pegang kunci besar =) Gambar naik pentas takde... ada pun sangat blur gambarnya..

After 6pm baru dapat check in.. penat rasanya esp bebudak ni la.. Oh ye.. bilik ni ditaja khas oleh Shaklee selama 3 hari 2 malam. Free trip dari Shaklee. Tahun ni saya cuma layak percutian dalam negara je. Tapi tetap rasa happy =)

Tahun lepas pun dah stay hotel yang sama.. bezanya tahun lepas book sendiri. 

Balkoni...

Bath tub kegemaran kanak².

Sebelah malamnya pula ada welcome dinner utk yang dapat free trip ni. Dinnernya buat di Surf Beach Sunway Lagoon.

Meja saya betul² depan stage. Agak panas tak berangin malam tu. Nasib baik dibekalkan kipas tangan satu sorg =)

Haha... macam kelakar je pic ni. Yang berkemeja putih tu la CEO Shaklee Corporation, Mr. Roger Barnet.

Oh ye.. lupa pulak, lewat petang tu.. saya dapat surprise gift dari Shaklee. Dihantar terus ke bilik. Ada 5 pack Collagen, satu botol coQ Health, kad dan pouch. Haihh.. feeling special je.. hihi.

Worait, kita sambung part 2 pulak...

 
Copyright © Aainaa Nadirah's Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in