Pages

Layan Iklan

Jom ramai-ramai ikut saya!

Salam...

Pagi Selasa lepas, saya & Mr. Husband attend Majlis seperti tajuk entri nih. Bertempat di LHDN Cyberjaya... Taska ni under Puspanita diorg.. pengusaha Taska de Sayang pulak, memberi perkhidmatan penjagaan kanak². Jom layan gambar and cite² sepanjang majlis jom!

Masuk je dalam bilik mesyuarat Bendahara ni, rasa teruja juga tgk bilik mesyuaratnya besar. Siap ada skrin comel nih satu sorg. Kat ofis aaii xde macam ni..ekekekek~

Ada slaid berkenaan perancangan aktiviti tahun 2012, buku peraturan taska (tp belum finalize) dan aturcara. Sesi pertama tu ada ucapan pendahuluan dari pengerusi majlis, bacaan doa, ucapan aluan dari Pengerusi Biro Puspanita Taska Hasil De Sayang, taklimat dari pihak insurans dan taklimat kesihatan dari seorang doktor. Then, dalam 10.30pg tu, ada break.. jamuan ringan sket. Tapi, takde la ringan sangat.. ada gak la laksa ke mee rebus aaii pun x sure. Sedap! Dan sandwich serta 2 jenis kuih. Kenyang ibu mengandung ni melantak hokey!

Sesi kedua tu, ada Taklimat dari Pengusaha taska sendiri, Puan Hajjah Amnah. Then ada perbentangan aktiviti oleh Jawatankuasa Kecil Biro taska. Last..sedikit hangat.. sesi isu berbangkit, cadangan dan penambahbaikan...

Antara aduan biasa kita dengar..perkongsian, pertukaran brg² peribadi, bilik sejuk, panas..mcm² la. Saya cuma berminat dengan isu barang tertukar nih. Owh, ini inisiatif parent sendiri la... barang anak² sendiri. Masa perbincangan tu, nampak mcm ada certain parents nak cikgu yang kenal dan tau dan labelkan brg budak. Isk... budak² ada dalam 68 orang... boleh ke?
 
Atas rasa tanggungjawab dan prihatin kat brg anak², saya tempah sticker mcm nih. Bukan mahal pun nak tempah. Kalo yang kecik tu, 100 sticker baru RM5. Tapi saya oder 400pcs. Satu set, nama siap no telefon mak bapak. Satu set lagi untuk nama saja khas utk brg kecik² la. Nama pun saya letak nama penuh siap nama bapak. Reasonnya? mana la tau dlm satu taska tu kot² ada nama serupa kan. Letak la binti skali. Atleast org tau ada bapak..ekekek. Saya pilih sticker sbb saya tak rajin nak tulis guna marker tiap kali nama dah pudar. Lagipun bkn sume tempat sesuai conteng ngan marker kan... Kalo korang rasa nak tempah jugak, leh la usha kat stickercomel

So Far Alhamdulillah x pernah lagi tertukar botol, container etc. Tapi pernah jugak ada towel budak lain termasuk dlm beg Safi, dapat bantal budak lain. Ini kes salah masuk beg. Tak nampak lagi brg anak sendiri terkurang. Kalau ada kes tersalah masuk ni, biasanya saya cucikan dulu, then pulangkan smula kat cikgu =) Normal la kot kes mcm ni. Bebudak ramai. Kdg² kita nak jaga anak 2 org pun ada jugak silapnya kan.

Contoh kegunaan...hihihi...

Jangan kata saya over sebab lekat pada setiap komponen. Hehe.. Kita kena fikir luar kotak sket. Sbb tak mustahil kat taska ni ramai guna botol tupperware yang warna, bentuknya sama. Dan milk container pun sama... Okey, saya mmg sangat detail. Hehehehe. Sticker ni tahan kena air. Tapi kalo lama² dia hilang la. Kalo budak tak gatal tangan mencabut, tahan la... Tp, kan ada 100pcs =) Kalo towel pulak, saya tulis guna marker je la. Tak sesuai la main lekat² sticker ni. Nak antar sulam kang mahal lak. Nak jahit nama? malas lah!

Masa break tu, saya sempat lagi posing dpn replika bangunan. Bangunan taska paling hujung, nampak bentuk oval sket tu....

Okey, itu je la isu yang saya minat. Yang lain² tu saya x de nak demand² sangat. Mcm nak kena tambah toys la, itu ini. As long as taska jaga elok, yuran x membebankan, anak bole belajar dgn baik... cukuplah tu. =)

Salam...

My sweet princess dah dapat baju skolah rasminya... Lama jugak nak tunggu.. but, doesn't matter. Sblm ni dah dapat baju sukan. Kena pakai setiap Jumaat. Isnin lepas dapat skirt ni pulak. Kena pakai Isnin - khamis. Jadi, malam tu trus basuh..pagi esok iron...

Dapat 2 pasang. Means.. selang  2 hari kena cuci baju kanak²....

Pagi selasa dah lengkap dengan uniform. Lain kali kita beli sandal elok sket ye kakak. Dah botaks nak licin dah tapak selipar..kesian. Papa mama asek belanja kat brg rumah..sampai lupa beli sandal kamu & adik. sob..sob..=(

So far, Alhamdulillah dia suka uniform dia. Safi ni semangat berkawan dia tinggi. Dia suka sesuatu yg sama dgn kawan², share makanan dgn kawan², etc. Sesuai dengan maksud nama dia : Nur Safiyyah Aqilah = Cahaya Sahabat yang ikhlas yang bijak. Mcm mana susunan dia saya x ingat dah..hihihi.. Love u kak long! ♥

Salam.......

Today, cite pasal persediaan nak bersalin pulak. Kita cite ikut turutan yang sempat disediakan lah.


- Breastfeeding Needs -
InsyaAllah xde masalah. Just guna yang lama..dari zaman anak sulung. Masa ni, berbaloi² rasa invest pada breastpump Ameda tahun 2008 dulu. Walaupun masa nak start beli tu rasa mahal..dengan harga RM788, tapi smpai sekarang masih elok lagi =) Tak rasa rugi pun. lama jugakla anak² dpt breastfeed =) Yang lain², mcm cooler beg tu mgkin kena beli baru satu utk ke taska. Sebab yang lama tu dah uzur sgt. Tp xpe.. dalam pantang nanti sempat lg nak beli. Stok botol susu utk simpan EBM, masih banyak dlm stock =)


- Set Tilam Baby - 
Alhamdulillah, dah siap. Tempah kat Kedai Mini Kelantan. Ok, just nak share (bukan nak riak²). Total saya invest utk set ni :

Kain English cotton (8 meter) : RM160
Set cadar + comforter : RM100
Bantal Karipap : RM10
Set tilam kekabu Gred A : RM180
Total : RM450

Kalau nak tempah, boleh klik link yang saya bagi tu. Tilam yang saya tempah ni, ikut ukuran saiz playpan baby saya. So, itu sebab harga dia ada up sikit =)


- Barang Keperluan Baby - 
Alhamdulillah, Ahad lepas dah setel memborong barang² baby. Okey, sangat sempoi, diusia kandungan dah cecah 35 minggu baru nak prepare. Kalo org lain, time ni beg dah siap masuk bonet kete dah =) Ini baru setel beli. Belum cuci dan kemas masuk beg lagi =P InsyaAllah next week akan cuba di setelkan. Okey, borong brg baby pun dah cecah RM400++. Baju, towel sume saya amik kaler² coklat, krim, hijau. Sbb tak sure gender kan. Cuma set tilam tadi je terbabas kaler ala² gegirl. But, doesn't matter kan. Dia hanya baby. Sesuai kaler ape pun ♥


- Set Bersalin -  

Like before... saya selalu amik set biasa² je. Anak sulung, saya beli dari tok demang kat Rawang. Dia buat sendiri ramuan bersalin tu. Anak ke dua, saya try produk HPA je. Alhamdulillah badan serasi. Jadi, kali ni guna HPA lagi lah. Harga ahli cuma RM80 aje. Murah,kan? Tak payah nak susah² belanja mahal kat set bersalin yang belum tentu serasi ngan body kan. Membazir je nanti. Lagipun...... aaii x perlu nak kurus² kan badan. Badan aaii menten slim. Heheheh~ So, no worries =P


- Herba Mandian Aura -

Baru order pagi tadi. Saya beli 3 peket RM32.90 campur pos RM6. Total RM38.90. Satu peket ni bole guna sampai 5 kali mandi. Ni first time nak try produk ni. Ramai kata ok. Sebab nak try ialah... masa anak sulung dulu, mak sediakan daun. Tapi kulit saya tak tahan dengan daun serai. Habis miang² satu badan. Tak selesa kan. Tapi, bila mandi air daun² tu, badan segar la. Susu badan pun banyak. Tp x tahan gatal tu la. So, pantang 2nd baby, saya surrender xmau mandi air daun dah. Badan ok, tp susu x mewah mana la.. Taktau ada kaitan tak sebenarnya. Jadi, 3rd baby ni nak try pek ni pulak. Harap² ok la.... =)


- Tungku -
Tak sure wujud lagi tak.. kena tanya mak saya...huhuhuhu~


- Barut Ibu & Barut Baby - 
Pakai yang lama je... insyaAllah elok lagi. Cuma belum dicuci. Duk dalam kotak lagik =)


- Air Selusuh -
InsyaAllah, ibu mertua saya bgtau hari tu dah buatkan. Terima kasih, mak! ♥


- Akar Kacip Fatimah -
Kat mana ye benda ni? kena tanya My SIL.... huhuiiiii...

♥ 

Lain² akan diupdate dari masa ke semasa =)

Salam.....

Saya pun pandai ber monday blues kan! hebat!

Kalo ikut jadual yang saya dah plan dalam calendar henfon saya, patutnya hari ini 26hb saya bercuti pindah rumah. Tapi terpaksa dibatalkan sebab beberapa perkara yang jadi halangan. Ringkasnya nak bgtau.. minggu ini tiada perpindahan rumah la.. tangguh kepada next week =( Tangguh lagi............. sebabnya?

1. Sinki @ dry kitchen nak kena modified sbb masalah salurannya x satu level. Selagi x setel ni, xleh guna air kat sinki dry & wet kitchen serta x bole mendobi...
2. Floor depot cuma dpt dtg pasang lantai kronoloc @ bilik princess² pada hari rabu @ khamis ni.
3. Rumah kena cuci beberapa kali lagi sbb bibik² yang cuci umah saya last week tak menepati piawaian saya! Bazir RM190 saya taw! Endingnya, haku gak kena cuci smula =( 
4. Langsir pun lum pasang selagi tak setel 3 perkara kat atas.

Minggu ni, ikut plan asal nak blk kampung. Yang ni akan diteruskan..InsyaAllah. Balik kampung sblm saya due =) ada 5 mggu lagi nak due. Tapi bole jadi 3 minggu lagi. Erk! Tak lama dah okey. 

Barang baby, baru je beli smlm. Belum cuci pun lagi. Sume letak kat umah baru. Pas pindah ni, perkara first kena buat, setel brg baby baru leh kemas umah. Smlm jugak pegi return sarung sofa @ Red Apple sebab salah kaler. Dah pick up dekat sebulan tp baru perasan kaler salah. Sbb baru rajin nak bukak kotak jumaat lepas =P Sampai kat Red Apple, diorg admit salah kilang. Order kaler dah btul. Tp kilang bg kaler salah. So, kena tggu yang baru, shippingnya bulan 5. So, solutionnya..mlm smlm sarung sofa yang currently use skrg ni, aaii campak masuk washing machine. Nak tggu bulan mei tu lmbat lagi... So, cuci je la yg ada tu........ kan? xleh nak accept kaler yg salah tu sbb lari tema kaler langsir..hihihi.

Cite smlm, tu je la yg bestnya kot.. Monday blues aaii today... pepagi lagi dah meloya nak wek, wek...tapi tak muntah² jugak. Seksa tul. Kalo muntah kan lega? Tatau la salah mkn ke, perut masuk angin ke..last week camni gak. haiyaaa... dah ujung² ni la dia nak meloya yek. Pastu skrg ni, asek bengkak kaki + sakit tumit nak jalan. Yang plg ketara, saya rasa baby ni dah turun bawahhhhhh sgt! Rasanya ni akibat saya aktif sgt. Ye..aktif sbb nak berpindah la. Cuma skrg saya cuba slow down... hubby kan ada.. dia yang buat semua ♥ tengkiu yayang. 

Minggu ni x sabar tunggu set tilam baby yang saya order dari siti. memula nak pos ke umah mak, xjadi la.. Pos ke ofis je la.. senang leh trus prepare katil bb =) Nanti saya upload gambar. Banyak gambar nak upload. Tp, xsempat nak publish... pc kat umah dah masuk kotak. Next week saya upload. Hari ni uolls baca karangan dulu ye...

Okay.. tu je cite untuk hari isnin yang indah ni. Esok ada miting @ taska princess² lak =)

Saya copy & paste dari FB sesorang. Thanks ya!

Mengapa Hawa dicipta ketika Adam sedang tidur... Wajib Baca!!!

Menurut pakar psikologi.., seorang lelaki jika dia kesakitan, maka selalunya akan membuatkan timbul dalam hatinya rasa benci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya..

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam alaihis...salam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari rusuknya hingga dia membenci Hawa.

Akan tetapi Hawa diciptakan Tuhan pada Adam saat dia tertidur.. Ia semata-mata agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan anak dalam keadaan terjaga, dan adakala melihat kematian dihadapannya.. Namun begitu.., semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia sanggup menebusnya dengan kehidupannya sendiri.

Ada syair arab mengatakan.., sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi kalbu lelaki (jantung, hati nurani).

Oleh kerana itu, tugas Hawa menjadi ratu di hati lelaki.

Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang setia jika fahami sebaiknya.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang diberitahu oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.”

Maksud kata baginda tersebut adalah.., wanita itu harus difahami, dijaga dengan baik dan dikawal agar tak memudaratkan..

Maka wahai Adam.., janganlah merendahkan perasaan Hawa.. Kerana dia memang diciptakan seperti itu..

Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis didalam hati..

Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf...

Dan percayalah..., wanita amat susah untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang...

p/s: Moral of the story..., cubalah sayangi dan fahami wanita disekelilling korang.. Sesungguhnya.., wanita tu adalah anugerah terindah buat lelaki...

Salam...

Semalam, Yayang aaii cuti. Cuti la nak uruskan hal kat umah ni. Nak g klinik la, buka pintu utk incube la, jual kotak la, amik sarung sofa yang baru la.. ade je halnya. Saya je malas nak cuti. Jimat² cuti. Nanti dah setel sume ni, baru la saya nak amik cuti cuci umah, pindah umah, borong brg baby, itu ini, itu ini... huhuhu~

Kul 7.30pg smlm kitorg dah terpacak kat KK p9. Bukan checkup saya. Tp check up si anak sulung. Boleh lak saya terlepas appoinment checkup dia 14 feb lepas. Aiseh... So, walk in je la smlm. Kalo trus x gi check up, rasa mcm jd mak bapak x bertanggung jawab la pulak kan. Hihi. Nasib baik x lama kat klinik. Kul 9pg dah setel sume. Trus saya balik ofis sbb ada Latihan SMULB pulak. Bebudak tu, papanya trus antar ke Cyber. Pastu, Mr husband trus ke Amanputra. Katanya, x lama pas dia sampai, lori Incube pun tiba...... 

Di sebelah petang, asben pick up saya @ ofis, trus g pick up anak² @ Taska. Pas layan kanak² main buai, trus ke rumah ni. Nak tgk jugakla progressnya... Sampai² kat lorong kami, terkejut kitorg tgk 2 biji lori + 1 van Incube dah kongker jalan ni. Pagi td dtg sebijik je. Isk.. tetiba rasa blushing² pipi aaii. Malu lak kat jiran². Ape hal smpai 3 bijik? mcm banyak sgt je lemari nak dipasangkan. Isk! Tenang, tenang....
 
Dry Kitchen... ramai nye crew dia.. ada la lebih 6 orang...

Wardrobe master bedroom... lum pasang pintu. Orang plg xcited sape? Tentulah Sarah. Duk main laci. Mujur tak tercepit!

Wardrobe Second Bedroom. Sementara baby ni kecik lagi, bilik ni consider bilik mainan. Tapi saje buat wardrobe jugak. Senang nak simpan toto, bantal, etc². Target : Maksimumkan ruang storan. Mode : cukuplah dgn umah skrg yang x cukup tmpat menyimpan. Hihi..

Wardrobe Safi + Sarah. Harap² bebudak ni x main la sliding door nye nanti. Kalo tercepit, gegar satu rumah.. Hadoi!

KC dry kitchen in the making...

View dari luar wet kitchen...

Lori dah kosong...

Len kali saya update pic bila sume dah setel ye. Smlm tanya crew tu, dia cakap 2-3 hari siap. Tapi nak install Granite amik masa 10 hari. Takpelah, dalam tempoh 10 hari tu boleh lah bagi setel cat, cuci & pindah sikit². Next step, just nak pasang lantai kayu & langsir... pastu... Move In! Tak sabar dah! =)

Salam....

Entry sebelum ni saya ada mention terkilan dgn patern grill kat laundry area kan. Takyah la saya wat link eh..sbb entry nye kat bawah entri ni je..hiihihi...


Okay, dah tengok kan. Ape yang tak kena? Sekali tengok macam ok je kan. Mmg mcm tu kitorang nak bhgn belakang di grill kan. Tetapi. Yang buat aaii rasa nak marah sbb pintu grill tu x tutup smpai paras dinding separuh tu. Ape namanya saya pun x ingatlah. Bila pintu grill tu berpetak² smpai bawah, senang la meow masuk, tikus masuk, ape² je la binatang yang muat lalu kat situ. Satu lagi, saya nak kena pakai sopan² sket la kalo nak sidai kain ke, ape² la. Kalo dia tutup smpai paras dinding separuh tu, mmg saya duk ulang alik dalam tu bebas amat lah. Sebab dinding tu tinggi atas kepala saya...aiseh!

Dah komplen hari tu suh dia buat jugak cover tu. Ni dah sebulan hokey. Takde progress. Aaii tak kira. Janji mesti dituntut hokey!

Salam...
Dah lama tak cite pasal progress umah kan. Ingatkan dah pindah..rupa²nya....
.
.
Non hadoo.... masih lagi menetap di Kuarters Kerajaan Presint 14. It's ok... never mind. Asalkan tak kena halau dek BPH..masih ok. Hihi. Takpela..pagi ni saje nak update cite lama sambil² melayan perut yang xsedap rasa akibat makan lambat. Habis satu perut termasuk baby dlm ni join merajuk... eemmm..... jom, layan blog!

Lupa la bila sbenarnya kitorg tinted cermin ni. Rasanya after Chinese New Year. Amik double layer ok sket. Dalam warna silver, luar kaler dark brown. Cuba lari sket dari feveret kaler org lain. Ramai amik kaler ijau. Masa tinted ni umah mmg sepah lg..tp keje² reno yang berhabuk tu dah setel.

View dari luar pas settle sume. Tinted satu umah. Kat tingkap wet kitchen dia bagi satu layer yang bercorak. Katanya, org luar x leh nampak org dlm. Tapi separuh cermin je la. Paras kepala saya. Komen saya... kemas cara dia pasang. Harga not bad. Satu umah ni habis RM680 aje hasil tabungan bisnes kitorg laki bini =). Sape nak no contact? Pm saya ye. Ofis based kat Puchong =)

Next two days kalo x silap... upacara pemasangan grill pulak. Amik patern gini je la sbb moden la konon. Dulu nak yang lurus². Alih² ade lekuk lak kat tengah². Sebab..sebab x mo sama ngan jiran sebelah..hihi..buleh?

Grill master bedroom. Mr husband lum habis ngecat lagik...

View dari luar...

Umah ni kotor la sangat waktu ni. Masa entri ni ditulis, rumah ni dah dibasuh 1st round. Tapi dah berhabuk semula. Hihi.. Tinggal nak tggu Incube settle kerja KC & wardrobe, nak basuh lagi 2 round. 
.
Okay, pasal kontraktor yang pasang grill ni. Rasanya ok la grill dia. Sbb cara pasang dia jenis frame. Dia cover birai tingkap yang kadang² nampak tak sama. Cumaa....saya agak terkilan grill kat laundry area punye patern. Nanti lah next entry saya stori. Sbb x de gambar grill blkg. So, xleh nak explain.
.
Update terbaru pasal umah ni.. InsyaAllah esok nak start install KC dry kitchen & wardrobe. Mungkin amik masa 3 minggu jugak nak setel. Then, dah boleh cuci umah bersih². Target saya, MESTI pindah jugak hujung bulan ni. My due bulan depan jek. Takut kelam kabut dgn persiapan baby pun x ready ape pun lagik.

Bab nak cuci, mgkin akan upah bibik jam/ harian. Haa.. kat KL, Selangor, Putrajaya ni byk perkhidmatan bibik ikut jam/ hari. Minimum 3 jam RM50. Tempat lain mungkin ada jugak kot. Saya je tak tau. Hihihi.. Tak larat dah kot nak tlg asben cuci. Sbb baby dah masuk 8bulan. Mengah² nanti. Yg cuci kali pertama dulu, seminggu aaii sakit badan tau. Bab kemas, saya dah kemas sikit² dari dulu. Cuma bulan ni mmg betul² kemas sume barang masuk kotak. Umah kuarters tu.. x sah ckp la dia punya tunggang langgang, sepah. Dari 3 bilik yang boleh duduk, tggal satu bilik je yang boleh dihuni dgn selesa. Hihihi... Pinggan mangkuk pun tggal yang nak guna hari² je... Harap² confirm la pindah hujung bulan ni. Tak larat dah nak tunggu dan kemas..huhuhu~  

Salam...
Nak cite aktiviti sabtu lepas. Aktiviti yang banyak kali tertangguh. Aktiviti yang dok janji² kat anak². Akhirnya tercapai jua. Niatnya nak g Presint 16. Tapi situ ada sesi.. Masa nak kuar umah pun dah dekat kul 10pg. Takut tak sempat. So, terlangkau la sampai ke presint 6. Rupanya situ pun ada sesi. Takpelah, sejam pun cukup lah. Next time datang lagik =)

Nak masuk kolam, kena bayar. Tapi xpela.. pejam mata je bayar. Dewasa RM2, Kanak² RM1. So total pelaburan pagi tu ialah RM6 sahaja. Janji tak ramai orang plus lebih privacy. Nak g presint 9 pun bole. Free je. Nampak lagi happening. Tapi ramai sgt lah. Rasa x syiok nak g sana....
 
Dah sampai.... trus papa seluk poket nak kuarkan wallet =)
 
Okay, posing² dulu tanda gembira nak terjun kolam sat lagi nih =)
 
Cik Seksi Sarah... baju renang masa dia kecik lagi... Tak sempat la nak cari yang sopan sket. Next time la ye dik... pakai je selagi muat. Hihihi~
 
Ada 3 kolam untuk budak². Yang ni paling cetek. Sebelah sana tu paras pinggang Safi. Satu kolam yang tak nampak dlm gambar ni, x sure tinggi mana. Tak terjun pun kat situ. Tapi dalam sket kot..sbb sume guna pelampung kat situ.
 
Bebudak ni x bawak pelampung. So, main kat kolam sini je lah. Dekat² nak balik baru try kolam sebelah...
 
Merasa la g kolam dalam sikit =)
Jom layan view pulak....
Okey...dah siap mandi kolam, mandi lak kat shower tepi tu. Sayangnya sabun tertinggal dalam kete... pas mandi tu, trus siap² pakai baju, grooming² kat bangku situ jek. Tempatnya selesa bg saya. Lengang je x crowded dgt. Lantai pun bersih. Mmg berkaki ayam je kat situ.
 
Dah letih mandi, kanak² mula la kelaparan. Nak roti...
 
Op, ops..... nak terjatuh lak!
 
Sebelum balik, layan angin tepi tasik. Ingat nak jalan² kat pantai buatan nuu... tapi dah kul 11 lebih, terik dah. Tak larat dah nak menapak. Next time lah datang lagik. Sape pandai, teka mana satu bangunan KKLW. Heheheh~

Okey, itu saja..... =)

Entri terhangat!

26 Mei 2007

26 Mei 2007

Honeymoon

Honeymoon
Bukit Tinggi, Pahang