Salam...
Cite pasal taska pulak hari ni ye... Alhamdulillah,27 Dec my husband secara rasmi nya telah memulakan kerja di tempat baru.. di Cyberjaya pula. Dekat dah dengan rumah. Boleh kami g kerja sama² =). Dan, 3 Januari lepas saya dan husband selamat bercuti sbb nak register princess² ke taska baru.
Sedikit info pasal taska ni, pengusaha Taska Hasil De' Sayang dilantik menjalankan operasi Taska Puspanita Cyberjaya untuk kanak-kanak 2 bln sampai la 6 tahun. Yang menarik perhatian kitorg..pengusaha ni berdaftar dengan Permata, dan yuran yang berpatutan. Dan.. kat cawangan Jalan Duta sblm ni pun pengusaha yang sama =) Sbenarnya masa safi umo 2bln smpai stahun lebih pun penah duk taska de sayang ni. Tapi kat presint 14 la.. pastu Safi pindah ke taska Al-Qalam presint 14...
Gambar ni saya kidnap dari pamplet yg husband saya emailkan. Satu lg yg menarik pasal Taska ni, ia dekat dgn ofis husband. Senang nak jenguk. Cuma bukan satu bangunan, tp bersebelahan. Taska ni bangunan tunggal. Comel je bentuknya.
First day nak pegi skool baru. Hari ni sarah mcm x brape sihat. Ada ura² nak demam. Tp hantar jugak sbb nampak x serius.
Dah sampai skool..nampak tenang je diorg nih... xde ura² nak nangis. Hepi jek.
Jadual aktiviti harian. Lupa nak snap gambar menu harian kat sebelah jadual ni =)
Cantik meja panjang ni. Kalerful je...
Tengah tunggu turn nak register. Hari ni ramai budak first day kat sini... Tangisan, raungan bertebaran..huhuhu..tp wat masa ni bebudak ni menten lagik.
Siap leh amik buku kat rak situ, studi lagik. Pastu si safi ckp kat saya "mama, mama balik la dulu. Nanti petang amik kakak". Wah, konpiden yek. Kita tunggu jap lagi, apa berlaku gamaknya...
Beg skool baru, papa hadiahkan....
Sempat lagi snap gambar bilik baby dari jauh. Nanti baby dlm perut ni duk bilik tu la ehh...
Gambar bilik baby tadi kidnap dari email....
Settle register kanak², cikgu pun tunjuk bilik. First bilik Safi.. mcm ni la rupanya. Siap ada tv LCD bagai. heheh... Uniform Safi pun lum dapat. Dan, ku sangkakan Safi excited..tp bila masuk bilik tu, ini yang terjadi...
Menangis, meraung. Siap nak buka pintu, tendang² pintu. Hadoi... luluh weh~
Si adik pun x kurang hebatnya... menangis meraung kat belakang pintu.... Budak² dlm bilik ni ada la 3-4 org tgh menangis jugak..huhuuhuh... Emm.. bilik Sarah ni ada econ la pulak. Konpem jd kejutan budaya kat dia nih.
Dek tak tahan raungan Safi Sarah, saya kuarkan smula diorg dari bilik. Pujuk sikit². Tapi nak nangis jugak. Nak balik. Lastly, saya keraskan hati jugak. mereka harus ditinggalkan! hihihi... Masa kuar dari taska tu, dua² menangis meraung lagik. Ditambah lagi dengan bebudak lain yang mmg dr awal asek menangis. Mmg that day taska tu sangat meriah dengan tangisan.
Petang tu masa amik diorg, cikgu Safi senyum dan ckp.."jap je dia nangis. Pas akak balik, dia ok...senang nak jaga". Cikgu Sarah pun sama..senyum dan melaporkan Sarah nangis jap je, senang nak jaga, x byk karenah, makan banyak. Owh, hati mama ini sungguh lega. Jadi sblm kuar taska saya cek dulu brg² beg. Then mintak towel nak bw balik sbb dah jd kebiasaan, towel saya bawak yg baru setiap hari =)
Jadi, sebagai upah menangis pagi tadi, bwk la diorg main² kat taman sebelah tu..seronok tul diorg. Cuma si adik ni la macam x brape sihat. Badan dedar je..
Dua gambar ni pun kidnap dari email =)
♥
♥
Sekian saja kisah hari pertama di Taska baru. Bagi saya, diorg nangis pun sbb terkejut.. environment, cikgu, kawan² totally baru. Kalo kita pun culture shock jugak,kan? Tapi saya yakin diorg cepat ok sbb dah biasa dgn suasana taska, InsyaAllah...
Second, third day papanya sendiri hantar. Papanya kata Safi tu masuk je pintu taska trus berlari seronok. Si adik je merengek sikit..maybe sbb tak sihat..masih demam =(
Second, third day papanya sendiri hantar. Papanya kata Safi tu masuk je pintu taska trus berlari seronok. Si adik je merengek sikit..maybe sbb tak sihat..masih demam =(



























0 wok wek wok wek:
Post a Comment