Pages

Layan Iklan

Jom ramai-ramai ikut saya!

Salam...
Renovation progress lagik! Sorry uolls...just nak kongsi info + ideas je.. kot² ada yg tengah cari info & idea reno² ni kan =). So, progress agak slow sikit sbb puncanya dari kitorg jugak...lambat bagi ukuran sinki + dapur. Jadi cuti smlm kitorg dah setel hantar hud, hoob, sinki. Hopefully pasni smooth jek.

Atas ni gambar hari ini. Lunch hour tadi my husband g rumah utk tengok kerja² diorg, explain tempat² yang saya marking ptg smlm & bagi kod² tiles yang kami pilih smlm... Ruang besar tepi tu tempat letak mesin basuh + tong sampah =) Tempat sinki pun mark betul²... tak mau sinki duk tengah² tingkap.

'Memasak' corner. Pun dah mark siap² smlm mana nak letak tunkunya =). Saya sendiri decide tempat letak tu ikut 'gaya hidup' saya di dapur.. sbb saya mmg begini cerewet. Sbb nanti yang banyak guna dapo ni, saya jugak... kena la cerewet² sket =P

  Kawasan ampai sebelah wet kitchen dah letak atap lutsinar as our request.So, bilik sebelah area ni x gelap.. kain² pun dapat cahaya matahari semulajadi.. so, kalo g keje, or mana² tak runsing baju kat ampai basah, tak kering.

Kawasan ampai ni akan sentiasa cerah begini. Kalau hari siang atau panas, nampak macam pasang lampu jek.. Idea atap lutsinar ni saya amik dari rumah mak ayah saya. Kat sana ada la dua tiga tempat ayah letak atap lutsinar ni. So, dapat jimatkan letrik =)

View dari dry kitchen. Ni tingkap yang dah tukar jadi tingkap mati satu panel. Dinding sblh tingkap tu dah selamat kena simen. So, ada space nak letak wall kabinet lagi kat dua² dinding.

Okay, nanti saya cite lagi next progress ye. Sabtu ni InsyaAllah berurusan dengan orang grill pulak =) *Sharing is caring*

Salam...
Semalam saya dan asben bercuti..cuti² pun bukan goyang kaki... tapi cuti mengosongkan wallet.. =P Nasib baik my husband dah sihat dari demam malam semalam. Risau saya takut dia x sihat x dapat la nak g memborong.. kang x siap laa table top saya sbb kitorg x dapat nak bg sinki =P

Pagi² pas antar kanak² ke taska, kitorg pun try la masukkan Hud & hoob ni ke dalam cik city untuk bawak ke Amanputra..sebab kontraktor dah nak start wat table top. Jenuh ekjas sana sini x leh masuk sbb pintu cik city x leh bukak besar..huhu. nasib baik cik Lily aaii ada. Kecik² pun pintu leh bukak 90 darjah. So, bawak benda² ni naik Lily je =) Sambil² antar benda alah ni, ukur jap dapur nak agak² untuk pilih tiles. Diorg tak keje today sbb xde job nak wat..nak wat table top pun x leh sbb ukuran sinki & dapo x de...hehehehe. Pas g mkn & tukar kete kat umah, trus ke Jln reko.. g kedai tiles yang kat traffic light tu...

Duk kat kedai tu pun dah berjam². Rambang mata pilih tiles. Saje la nak pilih sendiri ikut taste kitorg kan. Kalo tak match, tak cantik... sendiri tanggung sebab sendiri pilih,kan. Rata² kitorg amik tiles kaler beige.. warna cerah untuk wet kitchen. Biar nampak luas + suci sket. Dah settle pilih tiles, g borong aksesori toilet + sinki wet kitchen. Sinki dry kitchen je  xbeli lagi sbb x jumpe yang berkenan. Sinki atas ni saiz dia 600x500x250. Oklah..besar. Tapi kalo ikut hajat saya nak lagiiii besar. Tapi xde yang berkenan. Kalo byk masa leh jugak g tgk kedai lain. Tapi sbb nak hantar sinki ke rumah ptg tu jugak, grab je lah tanpa pikir panjang. Pastu malam tu bila balik umah duk pikir nape x amik yg 2 bowl, nape x amik yg ada drainer..huhuhu... ni kalo asben tau saya duk runsing pasal ni, konpem kena sound. Tapi sbb dari dulu nak sinki besar kan. Tu yang x pikir panjang. Tapii... yang sbenarnya nak yang 4 segi betul..yang nampak moden lagi. Yang ni ada lekuk². What ever la... dah beli kan. Masa saya tulis entri ni pun, ntah² diorg pun dah wat lubang untuk sinki ni kan...heheheheh =P

Dulu berangan nak soap dispenser gini kat sinki tu... bukan nak letak sabun tangan, tapi nak letak sabun basuh pinggan tuu..haha. sbb habit saya kan... contohla guna sunlight botol besar tu kan... saya rasa leceh benor nak kena tonggeng² botol besar tu untuk kuarkan sabunnya. Saya suka picit² mcm kita nak kuarkan sabun tangan tu..senang. Jadi, skrg ni pun saya amik je botol kosong hand soap tu, saya refill dgn sunlight..hihi.. Tapi, smlm kat kedai tu sy tak jmpe la benda alah ni..ke saya yang x cari betul². Tapi x pelah, x de pun guna je la botol² recycle kan.

Husband saya candid pic ni. Time ni dia dah bosan tggu saya shopping. Masa ni saya tgh pilih two way tap. Sblm tu saya dah grap hand bidet. Dia sangat x setuju dgn hand bidet ni. Tp saya nak jugak..last² dia bg tapi amik 2 je. Toilet kitorg x mo guna hand bidet katanya..okey, okey..ikut je la. Two way tap ni pun beliau x setuju. Tapi saya nak jugak sbb base pada 'gaya hidup' saya. Saya kurang suka amik wuduk dari getah paip. Saya suka air yang direct dr kepala paip..ala.. stail tempat wuduk kat masjid @ surau tu la...

Pas setel kat sini, g mkn kat Ice Room Bangi. Pastu g cyberjaya, then terus ke Putra Heights untuk settle pasal langsir. Amik Laurea sbb suka dengan langsir dia. Tapi bukan amik utk semua bilik la. Sbb nak cut cost. Then, hala balik sggah umah utk antar brg² beli tadi, pastu balik p14, amik anak.... malam tu menung pikir ok ke barang² beli tadi. Nyesal @ tak puas hati pun xde makna..benda dah beli..hahahaha.. =)

Salam...
Hari ni dah 15hb yee... tak lama lagi dah nak masuk 2012. Rasa sgt bizi ye menjelang 2012 ni..hihi.. Ada satu benda yang buat saya xcited tggu 3 Jan. Tp dalam masa yang sama ada nerves jugak. 30hb ni last day Safi & Sarah @ Taska Al-Qalam Presint 14. Pasni dah skolah kat taska di Cyberjaya. Kat ofis papanya. Hopefully my husband tak tertangguh perpindahan ofis dia. Sepatutnya next week pindah ke cyber..tp dgr² ada lif prob lak kat sana. Kalo smpai bulan satu x pindah jugak, teruk la aii pagi² kena ke cyberjaya dulu nganto kanak² riang nih. 

So, sempena nak last day kat Taska skrg, mama over ni dah mula plan nak buat farewell la konon. Kek dah tempah. Kek besar lak tu..10'x20'. Hehehe..apa salahnya meraikan cikgu² & kwn² diorg kan. Dan hari ni dah selamat order individual mihun kat caterer ofis nih. Nasib baik dia cas singgit je se polisterin =) Air kotak nanti beli sendiri lah. Goodies² saya x sure lg nak buat tak, bergantung pd bajet..sbb ni sume pun dah over² dah. bajet ni sume utk 70 orang =)

Semalam tanya safi nak beg skolah tak? Sambil papa dia tunjuk gambar beg minnie mouse. "Taknak ni. Nak Kitty. Nak Hello Kitty". Isk..x sudah² ngan kitty..ni la peminat kucing. Salah mamanya jugak masa ngandung suke sgt ngan kucing =) Tp x pe, lain dr budak² lain kan. Biasanya rakan sebaya diorg ni suka Barbie @ Princess kan. Ada satu soft doll Hello Kitty mak ngah diorg bagi.. selalu la berebut..huhuuh..dua² peminat Kitty.

So, dah gugel² jumpe la iklan ni kat mudah.my. Masih dalam pertimbangan untuk grab. Satu beg ni RM70. Kecik je dlm 12inci sesuai utk bdk² 2-6thn. Kena beli 2. Kalo x... bersedialah tengok kanak² ni berebut. Husband ckp nak usha kat GM dulu..ok laa... Kalo ikutkan, aaii dah tak sabar² nak beli nih. Mama nye pulak lebih² =P


Harap² budak² ni tak meragam la masuk skool baru. Si Sarah masih ber taska. Taska untuk baby dalam perut ni pun dah book siap². Heheheh~ Cuma Safi dah start Tadika. Tahun depan dah kena pakai baju uniform. Mesti cumel. Nanti bila dah pindah Amanputra, bole la papanya bawak budak² main kat playground sblh taska tu sambil tunggu saya sampai. Ye... pasni saya kena pick up diorg bertiga kat cyber..hahaha.. xde la adegan suami-antar-isteri ke ofis yee..hihih... Tak kisah asalkan xde pembaziran minyak duk ulang alik x tentu fasal =)

Salam....
Alhamdulillah...setelah lama menanti, akhirnya kerja² reno pun dimulakan. Jenuh nak tunggu duitnya cukup. Dapat kunci rumah awal Sept..masa tu baru pas raya. Kerja reno lak hujung Nov, nak masuk Disember baru start..isk, isk.. so, jom kita layan gambar progress nye ye =)

Minggu pertama..kerja² korek tanah untuk tanam piling... sbb kata pemaju, tanah umah ni agak lembut. So kalo nak tahan lama, buat la piling.

Minggu seterusnya dah mula buat base...

Ada dua corner..satu wet kitchen, satu tempai sidai kain. Nak cakap laundry area..kat situ saya x letak mesin basuh..just nak sidai kain je. camne?

Pada hari yang sama kitorg gi melawat² diorg wat base tu, diorg tengah pecah dinding ni. Asalnya dinding ni penuh... dinding ni yang pisahkan dining dan dry kitchen. Tapi sebab ngade² nak kaunter bagai, kena la pecahkan =)
 
Setel pecah dinding. Pecah separuh je. Yang tertinggal tu untuk wat base kaunter. Konpem jiran kiri kanan tensen je masa diorg pecah dinding ni. huhuhuhu~

 Tadi tu gambar hari sabtu..yang ni gambar isnin berikutnya..masa kitorg cuti 5/12/2011. Cuti sbb ada janji ngan incube kitchen, nak amik hadiah saya kat karangkraf, g Laurea...mcm² la. Ni agenda last g tgk umah, diorg dah siap buat tiang konkrit...

Alang atas pintu dan tingkap tu diorg dah buang. Later, Tingkap 2 panel tu akan digantikan tingkap mati satu panel. Sebagai divider antara dry & wet kitchen. Pintu tu tak dibuang...

Baju hitam tu kawan asben saya. Dia joint venture macam tu la dgn abang dia dlm kerja² reno umah kitorg. Setakat ni kerja² diorg ok, ikut spec yang kami nak..hihihi...

Last week kitorg pegi, dah naik dinding dah. Saya sukeee.... sangat! Bahagian penuh bertingkap tu jadi wet kitchen. Yang sblh nye tu la akan jd kawasan ampai. Kawasan ampai tu saya mintak dinding separuh je.. nanti grill kan aje. Bumbung pun saya request bumbung lutsinar tu bagi cahaya semulajadi masuk. So, kalo g keje, x risau la kain x kering, kena hujan etc² kan. Bilik blkg tu pun xde la gelap semacam je kan =)

Nanti akan buat L shape table top. Dpn tingkap tu letak sinki besar. Senang nak cuci kuali periuk semua. Bahagian dinding sana utk tempat masak. Tepi tingkap yang x nampak tu nanti akan letak mesin basuh. reason x letak mesin basuh kat tempat ampai... sbb nanti senang kalo nak basuh baju, x yah la asek kena buka pintu.. 

Pintu pemisah antara wet kitchen & tempat ampai. Asben kata pintu ni nak letak grill jugak. So, kalo letak mesin kat luar kan leceh nak bukak² grill..hihii.

Ni tempat ampai kain... Kat dinding tu nanti akan lekat ampaian... =)

Saya di tempat ampaian... hihihi... Last pegi tgk umah baru² ni, diorg dah siap wat rangka atap. So ni dah 3 hari x jenguk. Mungkin dah ada atap la kot. Wiring, plaster siling lum start lagik.. Minggu ni ada dating ngan kontraktor² sume.. nak settle pasal kabinet dry kitchen & wardrobe. Then mungkin trus ukur utk grill la. Awal tahun depan la baru nak start borong kipas + lampu, mengecat rumah bagai. InsyaAllah pindah bulan Februari. Tak kisah la lambat sikit asalkan tak tensen² =)

Entri terhangat!

26 Mei 2007

26 Mei 2007

Honeymoon

Honeymoon
Bukit Tinggi, Pahang