Salam...
Hari ni dah 15hb yee... tak lama lagi dah nak masuk 2012. Rasa sgt bizi ye menjelang 2012 ni..hihi.. Ada satu benda yang buat saya xcited tggu 3 Jan. Tp dalam masa yang sama ada nerves jugak. 30hb ni last day Safi & Sarah @ Taska Al-Qalam Presint 14. Pasni dah skolah kat taska di Cyberjaya. Kat ofis papanya. Hopefully my husband tak tertangguh perpindahan ofis dia. Sepatutnya next week pindah ke cyber..tp dgr² ada lif prob lak kat sana. Kalo smpai bulan satu x pindah jugak, teruk la aii pagi² kena ke cyberjaya dulu nganto kanak² riang nih. 

So, sempena nak last day kat Taska skrg, mama over ni dah mula plan nak buat farewell la konon. Kek dah tempah. Kek besar lak tu..10'x20'. Hehehe..apa salahnya meraikan cikgu² & kwn² diorg kan. Dan hari ni dah selamat order individual mihun kat caterer ofis nih. Nasib baik dia cas singgit je se polisterin =) Air kotak nanti beli sendiri lah. Goodies² saya x sure lg nak buat tak, bergantung pd bajet..sbb ni sume pun dah over² dah. bajet ni sume utk 70 orang =)

Semalam tanya safi nak beg skolah tak? Sambil papa dia tunjuk gambar beg minnie mouse. "Taknak ni. Nak Kitty. Nak Hello Kitty". Isk..x sudah² ngan kitty..ni la peminat kucing. Salah mamanya jugak masa ngandung suke sgt ngan kucing =) Tp x pe, lain dr budak² lain kan. Biasanya rakan sebaya diorg ni suka Barbie @ Princess kan. Ada satu soft doll Hello Kitty mak ngah diorg bagi.. selalu la berebut..huhuuh..dua² peminat Kitty.

So, dah gugel² jumpe la iklan ni kat mudah.my. Masih dalam pertimbangan untuk grab. Satu beg ni RM70. Kecik je dlm 12inci sesuai utk bdk² 2-6thn. Kena beli 2. Kalo x... bersedialah tengok kanak² ni berebut. Husband ckp nak usha kat GM dulu..ok laa... Kalo ikutkan, aaii dah tak sabar² nak beli nih. Mama nye pulak lebih² =P


Harap² budak² ni tak meragam la masuk skool baru. Si Sarah masih ber taska. Taska untuk baby dalam perut ni pun dah book siap². Heheheh~ Cuma Safi dah start Tadika. Tahun depan dah kena pakai baju uniform. Mesti cumel. Nanti bila dah pindah Amanputra, bole la papanya bawak budak² main kat playground sblh taska tu sambil tunggu saya sampai. Ye... pasni saya kena pick up diorg bertiga kat cyber..hahaha.. xde la adegan suami-antar-isteri ke ofis yee..hihih... Tak kisah asalkan xde pembaziran minyak duk ulang alik x tentu fasal =)