Salam....
Entri ni banyak gambar taw! So, jangan bosan =p

Jumaat lepas, saya dan suami amik cuti sebab nak pegi Homedec @ KLCC. Macam biasa la, kami x bawa anak2 dengan alasan nak gunakan waktu ini sepenuhnya untuk beli keperluan rumah. Kalau bawak anak2, kesian pula diorg sesak2, tak de tempat selesa nak tidur dan makan, etc2 kan. Kita pun, mungkin susah nak capai target dan sebab datang ke expo2 besar mcm ni... isk! macam2 alasan kan.

Sampai kat sana dalam kul 10am... KLCC pun berkabus lagi...

Jangan lepaskan peluang bagi pose istimewa!

Belum ramai yang datang... sebab masih awal.... sempena nak pegi Homedec ni, malam smlm nya saya tido jam 2 pagi semata2 melukis gambar kabinet dapur yang diidamkan. Kabinet wet kitchen, dry kitchen, wardrobe, meja solek... huhuhu... siap kaler2 lagi taw!

Senarai exhibitor...

Ni yang kitorg lemah ni.. nak masuk kena amik pass kat level 3. walhal kita masuk kat level 1. Masa Perfect Livin dulu, jmpe kaunter daftar, dapat pass trus masuk. Ni terbalik lak.. Layan je la...

Ada contest taw.. kitorg pun dapat la 3 form kalo x silap. Form ni amik base pada resit pembelian kita. Eksiden that day kan.... kitorg tertinggal cordless fon Panasonic kat meja kitorg fill form tu... hadoi..dah nak smpai kat kereta baru teringat fon tertinggal. Patah balik bukannya dekat. Nasib baik petugas homedec ni jmpe dan simpankan... Fuh~ kalo tak, rugi RM99 taw..huhuhu~

Kat level 3, selepas amik pas masuk.. mata kami disajikan dengan lampu2 dan barangan letrik. Singgah kat Philips..saya berkenan btol lampu bunga + rama2 tu... sebiji RM130 kot.. cakap ngan husband..beli la... comel! katanya kita pusing2 dulu. Pastu. trus lupa nak beli.. =p

Ni idaman qolbu saya sejak dulu. Sebab nak sangat buat roti sendiri.. Satu lagi idaman saya, mixer Kitchen Aid tu..hohohoho... tak sanggup tengok harga riban2.

Oleh kerana pengunjung blum ramai, krew LG ni smpat la miting. Bincang2 apa ayat2 power nak cakap dengan customer kan.. nak cakap benar atau kelentong =p

Husband saya mmg suka dengan benda2 yang boleh jimat itu ini. Contohnya alat untuk jimat letrik ni. Katanya boleh jimat bil letrik 40%. Dah nak beli tu.. tapi bile decide nak round2 dulu.. trus tak beli.. hahaha. 

Survey Hud, Hob, dan oven. Eh, masa Perfect Livin kan dah beli? nape nak beli lagi? Nanti saya cite okey.

Oven n hob ni brand electrolux. Kalo ikotkan saya berkenan brand ni... tapi saya tak trus beli..sbb masa tu sibuk isi jadual perbandingan harga antara brand2 lain.. hahahah. Tapi electrolux ni x masuk dalam brand yang saya sangat2 nak. Sbb asalnya nak amik Fagor.... Tapi, masa survey2 Fagor, rasa tak cantik lak di mata saya nih... trus cancel amik Fagor... 

Ni lak brand Faber.. saje la usha2...

Sebelum terjah Signature Kitchen ni, ada la survey kat Kubiq. Harga murah la banding brand lain. Tapi kelemahan nya ialah, kita kena ukur sendiri, install n delivery orang lain, xde image 3D dan macam2 la. Saya takut buat silap, jadi saya x berani amik Kubiq. Lagipun tadi dia kira quotation untuk saya lebih setengah jam. Boring ah! Kat signature ni pulak, bila saya cakap2 pasal kabinet yang saya nak.. dia cakap, mesti over 15k. Hadoi....belum masuk wardrobe kan. Tak yah la.. ni orang2 kaya je amik ngan Signature ni..hahahah~ 

Pastu mmg rezeki Floor Depot la... saya mmg berangan2 nak pasang lantai ni kat umah. Reasonnya... kalo bebudak main beria2 sampai jatuh ke lantai, tadek la sakit sangat kan. Nak pasang fully carpet, melampau sangat. Tambah2 kaki saya ni paten manja.. kalo lama2 pijak lantai, habis merekah2 tumit =(. So, offer best la.. dapat 50% diskaun untuk kronoloc. Bila suh dia wat quotation utk satu rumah pun under 10k. So, boleh la nak buat certain2 tempat kan. Bayar deposit RM500, if cancel dia refund 100%. Best,kan? Boleh simpan voucher tu sampai setahun. So, dalam masa setahun buat yang penting2, last baru pasang lantai ni. Paling penting.. husband seronok nak pasang lantai ni kan.

Melintas kat depan In.Cube.Kitchen ni memang jodoh. Mulanya husband keberatan nak singgah sebab dah lewat.. pastu dia xnak jadi macam kat kubiq tadi.. lama sangat. Tapi, sbb layanan salesman tu ok..kitog try la mintak quotation. Sangat teruja bila dia lukis semula lakaran dry kitchen. Mcm kampeni sblm2 ni mmg out dan x lukis la plan secantik diorg ni. So, anggaran dia bagi skali dengan table top granit, dalam 12k. Not bad berbanding CLS quote dulu siap semua 20k. huhuhu~. Then, bila include wardrobe, dressing table (custom made)... total dalam 20k. So, of kos kami amik pakej yang In Cube ni buat. dapat less 25%. Bayar deposit time tu dalam 2k... lock price available 2 tahun. Siap bole 0% installement. Alhamdulillah, dah settle hal kabinet =). Husband dan saya pun puas hati.

Disebabkan masa dah suntuk, kami terus ke booth last kitorg survey hud, hob n oven tadi... booth H-Trends. Sebelum2 ni ada survey Fagor, and Tuscani booth lain. Tapi yang ni jugak kitorg berkenan sebab harga dia best dan free gift dia best.. single induction cooker + kuali.

Saya amik yang 3 tungku, tempered glass.... cantik, saya suka... Hob ni api dia agak kuat sbb guna 5 jet (iye ke eh).

Salesman tu kata, Hud ni new arrival. Saya pilih ni sbb dia x banyak button. Saya malas nak sesak2 hafal fungsi button..so, amik yang nampak simple je... dan nampak moden.

Suami saya yang sentiasa sporting...

Saya amik oven ni.... kalo nak beli yang unit display ni, dia letgo dengan harga 1.4k. huhuhu~ saya nak yang baru! Oh ye.. hari tu kan dah beli Vees? Alaa...dapo letrik tu la. Hmmm.. 2-3 hari pas book tu, saya rasa tak hepi dengan Vees tu. Mungkin sifat wanita melayu dalam diri saya ni mendesak saya guna dapur api kot..hahahah... Lagipun.. Hud n hob Vees tu saje dah 4 ribu lebih... mahal la... Tuscani saya beli ni 3.5k je... dapat 3 benda kan... so, deposit RM400 tu, vees tak mau refund, Saya mintak tukar barang lain pun dia x mau bagi. Sakitnya hati. So, kawan2 kalo nak beli Vees, fikir masak2 sblm letak deposit ok. Saya pujuk diri saya dan husband.... "biar rugi RM400 daripada rugi 4 ribu lebih". Dan saya pun xnak guna benda yang saya x gembira gunakan..hihihi.. walaupun dapur Vees tu sangat cantik, moden, canggih.. tapi..... xsesuai kot utk saya. Okeh dah...cite hal lain pulak..

Sebelum balik, singgah Panasonic pulak... beli cordless fon.. sbb tepon umah dah rosak... 

 Tak habis pusing pun Homedec..sama la macam Perfect Livin... masa suntuk... tupun dah buat check list sblm datang..huhuhu.. takpe, next time leh datang lagi... Okey.. habis dah cite pasal Homedec... sedang tunggu bila nak dapat kunci umah ni...... tak sabar dah rasanya.