Salam...
Khamis lepas, 31 Mac 2011... saya dan husband ke Perfect Livin '11 @ PWTC. Ni yang second kitorg pegi. Last year adalah yang first mcm saya stori kat sini. Kitorang amik cuti dan hanya pergi berdua. Anak2, duk la kat taska. tak sampai hati nak bawak round2 kat tempat ramai orang.
So, kitorg selamat terjah exhibition ni on da first day... atleast tak sesak sangat. Banyak la offer utk 10 pelanggan pertama...
Pas register, kitorg trus naik ke atas....
Pelan...
Hall pertama lebih kepada Bedroom, living hall & dining. Macam tahun lepas gak, kedudukan exhibitor tak banyak berubah. Senang nak attack. Contohnya Red Apple nih...
Tak penah miss singgah kat booth diorg. Luckly ada salesman masa kitorg beli set sofa & meja tv 3 tahun lepas. Dan untung nya dia pun still ingat kat kitorg... =) So, ni sofa yang match dengan sofa sedia ada kat rumah skrg nih.... Harga pun dalam 2.6k kot... tak ingat.
Harga untuk empat hari ni mcm biasalah.. harga special. Diorg ada bagi offer letak deposit RM100-500, then dalam masa 2 bulan, datang showroom dan pilih perabot sehingga RM6 ribu lebih, then dapat harga RM5k aje.... Kalo tak jadi beli pun, deposit 100% dia refund. Oklah... kitorg pusing2, jalan2 dulu... taknak buat keputusan melulu.. offer mmg best, tapi... mampu tak?
Plan nak tukar sarung sofa.. tapi tengok keadaan la...
Pastu, jengah ke sweet dream... sebelah je ngan red apple. Sebab, cadangnya nak tukar tilam king saiz.. tilam sedia ada nak hantar ke guest room... nak king saiz sbb kitorg selalu berebut space dengan Sarah. Sbb dia tidur tengah2 kan... =p
Sweet Dream.. empuk je... Saya suka la bedframe macam ni... lembut. Atleast xde la sakit kalo tersepak... nak sandar pun selesa...
Pastu pegi Sleep To Live pulak. Sebab asek nampak iklan kat majalah, teringan gak nak mencuba konsepnya kan.....
Memula kena masukkan profile, then baring atas tilam khas untuk scan tilam yang sesuai untuk kita... Ok, mmg best bila dah tau tilam yang sesuai untuk kita. Konsepnya 'My side'. Dua tilam dalam satu tilam... tapi harga bleh tahan..huhuhu~
Then, jenguk Vonza... okey..cun la set bilik tidur budak2 ni... material cantik, berkualiti.. harga pun cecah 3k... Hampir2 dah book tapi bila fikir2... nak guna long term, balik pada plan asal. Semua bilik guna wardrobe pasang siap je la.... boleh costume made. Jimat pun ye...
Beralih ke hall 2... Tak de apa sangat beli kat sini. Cuma survey Solar. kabinet... sinki2 pun tgk2 jek... takde feel sangat nak beli sebab masih tunggu Quotation dari satu kampeni nih...
Kat Hall 3, survey solar, tv dan penapis air lak...
Solar ni pun susah hati gak nak wat keputusan.... mmg husband nak la solar nih... Tapi pas pusing2 lagi keliling hall.... kitorg decide hold dulu.... settle dapur dulu.... yang ni kalo ada bajet lebih boleh buat.
Terberhenti kat Vees... first time tengok demo diorang masa pameran elektronik kat MIECC, the Mines. Pernah jatuh cinta la... tapi that day tengok lagi..dengan husband. Ok... mmg saya berkenan tapi still ragu2 nak amik. Tapiii.... bila husband semangat je nak belikan.... saya menurut sahaja....
Tak berniat pun nak minta si dia belikan... sometimes tatau la.. betul ke nak beli dapo nih? Tapi, dah si suami nak belikan, oklah. Siap dengan hood skali.....
Some people cakap tak bagus guna dapo letrik nih. Tapi, saya dah try google pasal keburukan dapo nih, blum jumpe lagik. Yang penah jumpa..tak bagusnya Induction cooker, microwave..yang lain2 tatau. But, perasan tak.. selama ni kita masak pun banyak guna letrik kan... masak nasi, air, bakar kek, macam2 la...
Vees yang kami beli ni guna lampu LED.. yang mana dikatakan jimat, mesra alam dan selamat. One thing yang bole consider pasal keselamatan ialah, takde nyalaan api yang boleh sebabkan kebakaran. But still kena hati2 sbb letrik pun boleh sebabkan kebakaran kan. So, kalo xde letrik, mmg dapo saya tak berasap la pasnih. Agak meyakinkan sbb ada kelulusan sirim, suruhanjaya tenaga, byk la.
Ni free gift dari Vees... worth RM698.00
Untuk 10 customer terawal, dapat lagi set ni free... worth RM1,298.00.
Then, husband belikan pulak blender nih.... pun ada speacial price untuk 10 customer terawal...
Sape yang datang perfect livin or apa2 exhibition, takde kad kredit... memang melopong, tapi agak selamat la... contoh macam kitorg. Bawak 2k je, kad kredit pun tarak... so, jimat2 la... hihihi~ Tak puas survey hari tu... rasa macam nak pegi lagi..hihihi...
.
Okey.. some infos :
HOMEDEC - 29 April till 2 Mei @ KLCC
Super Home Ideas Renovation Edition 2011 - 27 till 29 Mei @ Midvalley
Jangan lepaskan peluang grab harga2 istimewa time ni okeh.












0 wok wek wok wek:
Post a Comment