Salam...
Sekarang, stori pasal progress rumah pulak ye.. Awal bulan hari tu, ada terima surat dari DBA Arkitek, maklumkan latest progress. So, menurut surat tu, tengah buat jalan. Pastu tinggal dua step saja... dapat CF, dapat title rumah. Pa, betul ke? kalo salah, tolong betulkan ye.
.
Feel teringin nak jenguk rumah tu sgt tinggi.. tapi tiap2 minggu ada aktiviti. So, baru minggu ni la ada masa nak jenguk. Ekcelli dah jenguk masa balik dari Midvalley sabtu lepas. Tapi masa datang tu, hujan renyai2.. pastu tak sure rumah mana sbb tak bawak plan... no rumah lak semua sama jek. hmmm~
.
Sebelum ni kalo datang, jalan still tutup. Kali ni dtg, dah bukak jalan. Tar pun dah 100% siap. So, konfiden je kitorg masuk..hihi~

So, pagi ahad tu, pas bfast, g pasar presint 8 tu, kitorg pegi semula ke Amanputra... Sangat seronok sbb cuaca pun baik. Kali ni confirm dah tau rumah mana. no. tiga dari corner lot. Senang nak cari. So far, jalan totally dah siap. no. jalan pun dah ada, bumper, line jalan semua complete.

Tu la rumah kami. Mula2 husband tak bagi kami keluar dari kereta. Tinggal la saya tiga beranak dlm keta sementara dia round2 dlm umah. Tapi, saya tak tahan okey. Desak juga husband bagi saya masuk sama..hihihi.

 Sempat la snap2 gambar dari dalam kete masa perintah berkurung tu. Biasanya time kitorg tgk rumah sblm2 ni, tak penah terserempak dgn pembeli lain. Tapi hari ni, lucky sbb terserempak dgn jiran satu row. Tp bukan sblh rumah la. Bestnya dia beli end lot. Diorg pun siap masuk dlm tengok rumah =)

 Sayu je tgk 2 1/2 storey nih.... hep! sila bersyukur!

 So, jom tgk dalam, nak? Actual nya saya rasa terkejut dengan saiz porch dia. Apsal pendek? show house ari tu gila panjang. Sedih rasa. Memang cukup 2 kereta jek. Nanti famili datang still kena park luar. Aiseh... sori sangat. Kami dah cuba yang terbaik taw!

Ni living area.. tadek sliding. Tapi husband suka sangat tingkap ni. So, xjadi la nak extend depan sbb kan saiz porch tu.. x pelah..pasrah. Jumat duit,kan? Bumbung pun x yah tambah. Cukup selesa nak cover dua keta kami tuh.

Oklah.... boleh letak kerusi sebijik dengan telefon kan... Nak tukar la rangka tangga tu.. x shantek!

 Dining dan pintu ke wet kitchen. Tengok showhouse ari tu kecik je gerbang ni.. yang ni besar lak. Cadangnya nak runtuh dinding dapur ni wat kaunter. InsyaAllah...

Dapur... sinki tak pasang lagi.. tombol pintu umah pun lum pasang. Tapi kalo row sblh blkg dah complete tombol. Kalo dari segi gaya, tinggal nak touch up2 je rumah ni kot...

Kecewa dgn porch terubat bila tengok belakang dapur ni... luas jugak la. kalo extend dapur ni mmg puas hati. So, saya faham dah kenapa porch tu pendek =) Plan mmg nak extend dapur ni wat laundry area dan kebun sket.

 Okla kan!
 Bilik sebelah dapur... area ni leh wat tempat menonton private utk bilik ni.

 Bilik tadi.. besar juga okeh.

 Porch.. ada la sikit tanah nak tanam rumput..hihihihi.

 Family area kat tingkat atas. Plannya kat sini nak buat library dan study room... semua bahan bacaan, pc kat sini... tak nak jadikan ruang menonton kat sini sebab nanti kalo saya sibuk memasak sorg2, orang lain sedap2 tgk tv kat atas kan? kat atas ni biar sunyi supaya leh kerja dan studi dgn tenteram. 

 Tingginya syiling. Bole wat loteng.

 Master bedroom.... yeay!

 Ruang depan toilet master bedroom.. saya nak buat powder room kat situ. Tempat makeup.. nanti wat syiling lutsinar, so, cahaya masuk, kalo hang towel kat situ pun sangat baik!

Sebelah tangga tu saya nak pasang rak buku supaya tadek orang sewenang2 nya terjun dari tingkat dua. Okey tak?

Bilik Safi dan Sarah... buat dua katil single.. luas ruang nak bermain.

Bilik ke tiga.. sementara tak menambah anak ni, boleh consider bilik mainan bebudak dan bilik ke dua untuk tetamu dan famili.

Tangga... 

Tanah sekangkang depan umah.. boleh la tanam pokok mangga atau jambu kan papa?

Kat hujung lorong kitorang tu, ada taman permainan. Suka benor la Safi tu.... pasni senang sgt2 dia nak ke Taman. Taman ni bole tahan gak besarnya.

Showhouse hari tu... porch dia panjang sebab tanah belakang dia ciput jek. Patut la kan...

Laluan masuk umah kami...

Sebelah dengan taman mainan tadi, ada tadika Qdees. Dengar2 tadika ni okey jugak. So, kalo skolahkan bebudak kat sini mmg dekat je.. jalan kaki pun bole. Actually banyak tadika dalam taman ni. Tadika Islam pun banyak. So, no worries. Lagipun rumah kami fasa 3.. fasa sebelum ni dah lama bertapak.. dari 2002 kalo tak silap. So, byk la kemudahan...

Papan tanda lorong kami =)

Balik dari tengok2 rumah, pusing2 dalam presint 2-4. Ni la bangunan KKLW yang baru. InsyaAllah.. tahun ni pindah ofis ni pulak..kat presint 4. Kalo ada rezeki husband, dapat la beliau bertukar ke ofis LHDN kat Cyberjaya yang dah nak siap tu. Sedang elok dah pindah Amanputra, laluan ke tempat kerja jadi sehala... Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan. Kalo takde aral, dari Amanputra ke ofis masing2 dalam 10-15 minit je... =)
.
 Harap2 boleh pindah masuk rumah sebelum raya... InsyaAllah...Amin.

~Off Topik : Cantik tak gambar dari kamera henfon sony saya? =p Tah pape!~